Assalamualaikum. Ahlan Wasahlan.
【Tanggal 15 Oktober 2016 , Sabtu , 11.02 Malam 】
Alhamdulillah.
Setelah bertahun tidak mengupdate blog yang dah lama berhabuk. Paling last 2012 post. Haha , bila baca semula dulu dulu punya post memang budak betul den. Yelahh , zaman sekolah. Siapa je yang matang. Hm kalau dah matang tu em. k
Alhamdulillah. Berbalik kepada tajuk yang ditulis atas " Permulaan Sesuatu Perjalanan". Kene pada tajuk. Sebab den pun dah lama tak updte blog ni jadinya macam bermula lah semula perjalanan mengupdate blog.
Semua sedia maklum , setiap hamba di dunia di dibaratkan sebagai , si pemusafir. Merantau dunia untuk pergi ke persinggahan akhir iaitu sudah pasti Syurga Allah yang sentiasa didambakan oleh setiap muslim. Hidup dunia ini diibaratkan persinggahan sementara seperti seorang manusia berjalan apabila dia nampak satu pokok dia pergi berehat di bawah pokok tersebut sementara. Maka , begitulah kita. Singgah di dunia buat sementara waktu untuk dapatkan syurga di akhirat kelak.
Alhamdulillah.. akhir kata , moga kita dapat menggunakan masa yang diberi oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Kita pun tidak tahu entah bila ajal kita datang menyapa kita. Sudah namanya ajal itu rahsia Allah. Tiada siapalah tahu melainkan Allah yang Maha Esa.
Setakat ini saja dapat ku coretkan.
Moga bermanfaat buat semua :)
Coretan ikhlas daripada siGadis Bunga Mawar ^^
Lail !
No comments:
Post a Comment